Tuesday 8 January 2013

 Waktu perlawanan persahabatan mewakili team KSDH Wangsa Maju

Jalan 10000 langkah setiap hari!!!
Sudah bertahun-tahun aku jogging di sekitar Seksyen 10 Wangsa Maju. Kadang waktu pagi kadang waktu petang sekitar jam 6 petang. Kalo waktu pagi selepas solat Subuh, ramai jugak warga tua keturunan Cina yang aku jumpa kala berjogging tapi nak nampak warga Melayu memang susah lee... Bagi aku warga Cina ni rajin bersenam dan jalan-jalan waktu pagi dan tak macam kaum kita Melayu ni, agak malas nak beriadah.Tak percaya cuba pergi ke tasik Desa Rejang dekat Sri Rampai tu...memang ramai kaum Cina buat senaman...Dulu aku jugak ikut sekaki...tapi laani dah malas nak layan senaman macam tu...agak pelik jugak senaman yang dibawak oleh seorang warga Cina separuh umur tu...Kalo tak percaya cuba le...
Dalam berapa tahun lagi usia aku dah menjangkau 50an aku kena berfikir secara positif, minda kena sihat badan kena cergas jadi jalan paling mudah kena beriadah kena bersukan. Sebelum penyakit datang bertandang lebih baik kita berjaga-jaga. Alhamdulillah buat masa ini aku masih sihat lagi... Masih boleh main bola, futsal, main badminton...tapi xdelah secergas dulu... Aku terkilan sebab sudah lama tinggal di Seksyen 10 namun hanya sejak tahun 2010 aku aktif bersukan walhal dah 16 tahun tinggal di sini. Apa pun aku bersyukur kerana di usia ini aku masih mampu bermain lagi sedangkan ramai rakan-rakan yang dah tak terdaya nak kejar bola dan pegang raket. Kuncinya, kita kena cergaskan diri kita, beriadah, berjogging dan bersenam. Aku setuju sangat dengan kempen jalan-jalan 10000 langkah. Janganle pulak jalan-jalan cari makanan!!!

No comments:

Post a Comment