Tuesday 1 January 2013

BOROBUDUR....SEKALI DAH CUKUP!!!
Akhirnya sampai jugak aku ke Candi Borobudur yang dicanangkan sebagai diantara keajaiban dunia...Memang ramai orang melawat candi ni...kira penuh sesak dengan orang. ditambah lagi dengan penjaja jalanan yang menyesakkan dada kerana macam-macam cara diorang ni memujuk kita supaya membeli barang jajaan mereka.Serik juga datang ke sini dan aku rasa ini kali yang pertama dan terakhir   ke sini. Tujuan utama aku bukan nak beli itu ini bila melancong tapi nak tengok-tengok benda-benda baharu yang tak ada di negara kita dan bila dapat melihat negara luar ni barulah terbuka sikit minda dan mata kita. Masuk ke Candi Borobudur ni memang agak mahal USD20 iaitu hampir Rp200,000. Itu baru tiket masuk, belum lagi terpedaya dengan helah penjaja jalanan ni merayu-rayu sampai aku yang dikira degil pun boleh terbeli...
"Bang...bang, beli aje oleh-olehnya bang untuk saudara mara di Malaysia," begitulah pujuk penjaja ni.
Aku yang rimas dan berpeluh sakan kerana kawasan candi ni memang panas terus aje berjalan laju tanpa memperdulikan penjaja tu...kemudian datang dua orang lagi merayu-rayu, sorang membawa seberkas payung dan topi dan seorang lagi membawa t-shirt mengerumuni aku yang sudah kepanasan...

"Bang beli oleh-olehnya bang. ini ada t-shirt saya jual 6 harganya cuma Rp100.000,"

"Tolong bang, sejak pagi belum dijual lagi," pujuk penjaja itu berkali-kali bila melihat aku tergesa-gesa meninggalkan mereka.
Aku ingat dah selamat, nun kat depan pun ada tiga orang datang mengurumuni aku yang makin sesak nafas dan panas telinga. Penat juga bertepis dan menepis bila penjaja makin ramai dok kerumun aku akhirnya aku beralah dan membeli t-shirt...dengan niat bersedekah jee..memang akhirnya t-shirt yang aku beli itu aku sedekahkan sahaja pada sahabat-sahabat baru yang aku kenal di Jogja. Bagi aku penjaja di candi ni lebihkurang sama sahaja sewaktu aku ke Medan, Tapi begitulah pengalaman, jika di Malaysia kita tak akan berjumpa keadaan sebegini tetapi jika ke Indonesia keadaan dan suasana begini memang lumrah.


No comments:

Post a Comment