Tuesday 8 January 2013

 Waktu perlawanan persahabatan mewakili team KSDH Wangsa Maju

Jalan 10000 langkah setiap hari!!!
Sudah bertahun-tahun aku jogging di sekitar Seksyen 10 Wangsa Maju. Kadang waktu pagi kadang waktu petang sekitar jam 6 petang. Kalo waktu pagi selepas solat Subuh, ramai jugak warga tua keturunan Cina yang aku jumpa kala berjogging tapi nak nampak warga Melayu memang susah lee... Bagi aku warga Cina ni rajin bersenam dan jalan-jalan waktu pagi dan tak macam kaum kita Melayu ni, agak malas nak beriadah.Tak percaya cuba pergi ke tasik Desa Rejang dekat Sri Rampai tu...memang ramai kaum Cina buat senaman...Dulu aku jugak ikut sekaki...tapi laani dah malas nak layan senaman macam tu...agak pelik jugak senaman yang dibawak oleh seorang warga Cina separuh umur tu...Kalo tak percaya cuba le...
Dalam berapa tahun lagi usia aku dah menjangkau 50an aku kena berfikir secara positif, minda kena sihat badan kena cergas jadi jalan paling mudah kena beriadah kena bersukan. Sebelum penyakit datang bertandang lebih baik kita berjaga-jaga. Alhamdulillah buat masa ini aku masih sihat lagi... Masih boleh main bola, futsal, main badminton...tapi xdelah secergas dulu... Aku terkilan sebab sudah lama tinggal di Seksyen 10 namun hanya sejak tahun 2010 aku aktif bersukan walhal dah 16 tahun tinggal di sini. Apa pun aku bersyukur kerana di usia ini aku masih mampu bermain lagi sedangkan ramai rakan-rakan yang dah tak terdaya nak kejar bola dan pegang raket. Kuncinya, kita kena cergaskan diri kita, beriadah, berjogging dan bersenam. Aku setuju sangat dengan kempen jalan-jalan 10000 langkah. Janganle pulak jalan-jalan cari makanan!!!
Sebenarnya aku tak sedar pun pada tahun 2010 aku aktif main bolasepak. Ni sewaktu perlawanan liga 9 sebelah Wangsa Maju mewakili Kelab Surau Darul Huda


Tuesday 1 January 2013

Beginilah keadaannya bila keluar dari kereta. Ramainya penjaja datang kerumun kami

Nampak aje macam xde apa-apa...penjaja ni nampak sopan tapi bila lalu dekat siapla kena kerumun

Awek Indo...cun jugak

Dari jauh candi Borobudur berpeluh gak sebelum sampai sana

Yang tu...yang ni...aku tak faham sepatah haram pun pasal dorang cakap Korea laa...

Sisi candi...memang nampak gah...

Nas dan Rizal dah kat atas...lajunye naik tangga

Depa dah hilang....oi! mana korang haa

akhirnya tercapai jugak hasrat nak ke sini...

Keindahan alam di Borobudur

Best jugak berpanas kat sini...

Bapak-bapak capek ya? ngak! cuma kehausan.Ngak ada air ya pak?

Selamat tinggal Borobudur...sekali dah cukup ke sini...Rimas, panas dan capek

BOROBUDUR....SEKALI DAH CUKUP!!!
Akhirnya sampai jugak aku ke Candi Borobudur yang dicanangkan sebagai diantara keajaiban dunia...Memang ramai orang melawat candi ni...kira penuh sesak dengan orang. ditambah lagi dengan penjaja jalanan yang menyesakkan dada kerana macam-macam cara diorang ni memujuk kita supaya membeli barang jajaan mereka.Serik juga datang ke sini dan aku rasa ini kali yang pertama dan terakhir   ke sini. Tujuan utama aku bukan nak beli itu ini bila melancong tapi nak tengok-tengok benda-benda baharu yang tak ada di negara kita dan bila dapat melihat negara luar ni barulah terbuka sikit minda dan mata kita. Masuk ke Candi Borobudur ni memang agak mahal USD20 iaitu hampir Rp200,000. Itu baru tiket masuk, belum lagi terpedaya dengan helah penjaja jalanan ni merayu-rayu sampai aku yang dikira degil pun boleh terbeli...
"Bang...bang, beli aje oleh-olehnya bang untuk saudara mara di Malaysia," begitulah pujuk penjaja ni.
Aku yang rimas dan berpeluh sakan kerana kawasan candi ni memang panas terus aje berjalan laju tanpa memperdulikan penjaja tu...kemudian datang dua orang lagi merayu-rayu, sorang membawa seberkas payung dan topi dan seorang lagi membawa t-shirt mengerumuni aku yang sudah kepanasan...

"Bang beli oleh-olehnya bang. ini ada t-shirt saya jual 6 harganya cuma Rp100.000,"

"Tolong bang, sejak pagi belum dijual lagi," pujuk penjaja itu berkali-kali bila melihat aku tergesa-gesa meninggalkan mereka.
Aku ingat dah selamat, nun kat depan pun ada tiga orang datang mengurumuni aku yang makin sesak nafas dan panas telinga. Penat juga bertepis dan menepis bila penjaja makin ramai dok kerumun aku akhirnya aku beralah dan membeli t-shirt...dengan niat bersedekah jee..memang akhirnya t-shirt yang aku beli itu aku sedekahkan sahaja pada sahabat-sahabat baru yang aku kenal di Jogja. Bagi aku penjaja di candi ni lebihkurang sama sahaja sewaktu aku ke Medan, Tapi begitulah pengalaman, jika di Malaysia kita tak akan berjumpa keadaan sebegini tetapi jika ke Indonesia keadaan dan suasana begini memang lumrah.


Sunday 30 December 2012

JOM JALAN-JALAN...
Rancang perjalanan sebelum berjalan-jalan. Bagi aku kalau nak berjalan jauh tak semestinya kena bawak pakaian yang banyak. Contohnya kalau melancong ke mana-mana selama 3 hari dua malam, cukuplah dengan sehelai jeans, tiga helai baju, sehelai tuala kecil untuk lap peluh, kain sarung untuk solat serta track suit dan kalo nak mandi-mandi boleh juga bawak sehelai seluar pendek paras lutut. Janganlah bawak seluar yang pendek sampai nampak peha tu...haram oo...Op! lupa pulak, berus gigi, ubat gigi, sabun ke, pencukur ke, beli kat tempat tujuan je... Ada sorang kawan aku kalo melancong memang sempoi habis. seluar jeans sehelai dan tshirt dua helai dan kain sarung je yg da bawak...Mana-mana yang takde dia beli kat tempat tujuan...bawak beg pun ringan dan kecik je...tak susah-susah nak tanggung atau heret bagasi.Aku pernah ikut idea member ni bawak jeans sehelai je...tapi tak selesa rasanya. kena pulak gi melancong di kawasan panas, berpeluh, berkeringat tak tahannnnn!!! mana boleh sehelai seluar je...kena beli satu ni...